Keadaan Di Akhir Zaman

Daripada Abu Hurairah RA, Daripada Nabi ﷺ bersabda:

لا تَقُومُ السَّاعَةُ حتَّى يَكْثُرَ الهَرْجُ قالوا: وما الهَرْجُ يا رَسولَ اللهِ؟ قالَ: القَتْلُ القَتْلُ

Maksudnya: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga banyak berlaku ‘al-Harj. Sahabat bertanya: Apakah ‘al-Harj itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pembunuhan, pembunuhan.”

Riwayat Muslim (157)

  • Dalam hadis ini, Rasulullah ﷺ menjelaskan bahawa salah satu tanda akhir zaman adalah berlaku banyak pembunuhan tanpa sebab yang jelas, dan manusia saling membunuh antara satu sama lain. Keadaan ini menunjukkan kerosakan moral dan hilangnya nilai kemanusiaan di kalangan manusia pada masa tersebut.
  • Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT daripada sebarang keburukan dunia dan akhirat, dijauhi dari sebarang kecelakaan serta niat jahat orang sekeliling kita kepada kita.