Jangan Membazir Makanan

Dari Anas RA,

أنَّ رَسولَ اللهِ ﷺ كانَ إذا أَكَلَ طَعامًا لَعِقَ أَصابِعَهُ الثَّلاثَ، قالَ: وَقالَ: إذا سَقَطَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ فَلْيُمِطْ عَنْها الأذى وَلْيَأْكُلْها، وَلا يَدَعْها لِلشَّيْطانِ، وَأَمَرَنا أَنْ نَسْلُتَ القَصْعَةَ، قالَ: فإنَّكُمْ لا تَدْرُونَ في أَيِّ طَعامِكُمُ البَرَكَةُ.

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ apabila makan, Baginda akan menjilat tiga jarinya. Baginda juga bersabda: Sekiranya terdapat makanan salah seorang daripada kamu terjatuh (ke tanah), maka bersihkan kotoran yang menimpanya kemudian makan sahaja. Jangan biarkan makanan tersebut untuk syaitan. Selain itu, Baginda juga mengarahkan kami untuk menghabiskan dan melicinkan makanan yang berada dalam dulang (bekas makanan untuk 5-10 orang makan) lalu berpesan: Sesungguhnya kamu tidak mengetahui pada bahagian mana makanan tersebut yang mempunyai berkat”.

(Sahih Riwayat Muslim, 2034)