Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن يَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتٗا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٞ رَّحِيمٞ
Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka kerana sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari- cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamun suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka pasti kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Hujuraat: Ayat 12
- Semoga kita semua dihindari dari bahaya lisan. Lidah tidak bertulang namun bahayanya mengundang murka Tuhan.
- Salah satu dari bahaya lisan ialah mengumpat, sehingga Allah menyamakan orang yang mengumpat seperti memakan daging saudaranya sendiri. Semoga Allah menjauhkan kita darinya.