Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:
كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi ﷺ mengisyaratkan dengan dua jari baginda ﷺ) di syurga”.
Riwayat Muslim, 2983
- Baginda sangat memuliakan golongan yang menyantuni anak yatim sehingga Baginda menjanjikan, sesiapa sahaja yang menjaga anak yatim, maka dia akan dekat dengan Baginda pada hari akhirat kelak.
- Jagalah amanah ini apabila kita dipilih oleh Allah SWT untuk menjaga atau memelihara mereka.
- Semoga Allah SWT sentiasa memelihara anak-anak ini dan juga memelihara kita semua daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyakiti, menganiayai dan menzalimi anak-anak ini.