Ganjaran Menjaga Aib dan Membantu Sesama Muslim

Dari Abdullah bin Umar, Rasulullah ﷺ bersabda:

المُسْلِمُ أَخُو المُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ، وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ، وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً، فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ القِيَامَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ القِيَامَةِ

Maksudnya: “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzalimi dan tidak menyerahkannya (kepada musuh). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya pada Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang Muslim, Allah akan menutupi (aibnya) pada Hari Kiamat.”

Hadis Riwayat Bukhari (2442) dan Muslim (2580)

  • Setiap orang ada kekurangan dan kesilapan masing-masing, sebab itulah penting untuk kita menjaga aib orang lain sebagaimana kita mahu orang lain menjaga aib kita. Allah itu Maha Penyayang, Dia tutup aib kita supaya kita ada peluang untuk berubah dan jadi lebih baik.
  • Daripada asyik menilai orang lain, lebih baik kita fokus untuk memperbaiki diri sendiri dan memperbanyakkan doa agar Allah terus lindungi kita daripada sebarang keaiban di dunia dan akhirat. Kalau kita nampak kesilapan orang lain, jadikan ia pengajaran, bukan bahan cerita. Sesungguhnya, sesiapa yang menutup aib saudaranya, Allah akan menutup aibnya di akhirat kelak.