Ganjaran Membuang Kayu Dari Jalan

Darpada Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah ﷺ telah bersabda:

مَرَّ رَجُلٌ بِغُصْنِ شَجَرَةٍ عَلَى ظَهْرِ طَرِيقٍ، فَقَالَ وَاللَّهِ لأُنَحِّيَنَّ هَذَا عَنِ الْمُسْلِمِينَ، لاَ يُؤْذِيهِمْ،‏ فَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya: ” Pada suatu ketika ada seseorang yang menjumpai ranting pohon yang menjuntai ke jalan. Kemudian orang tersebut berkata, Demi Allah, saya akan membuang ranting pohon ini agar tidak menganggu kaum muslimin yang lalu. Akhirnya orang tersebut dimasukkan ke dalam syurga.

Riwayat Muslim (1914)

  • Islam menuntut umatnya melakukan amal kebaikan dalam apa jua keadaan dan situasi.
  • Antara tanda orang beriman ialah melakukan amal kebaikan termasuk membuang kayu di jalan yang boleh menganggu keselamatan orang lain.
  • Ada di antara umat Nabi Muhammad ﷺ yang diberikan ganjaran untuk menghuni syurga kerana melakukan suatu amal yang dianggap kecil seperti membuang kayu yang membahayakan pengguna jalan raya.
  • Dalam usaha melakukan kebaikan, usah sesekali memandang remeh terhadap amalan yang dilihat kecil oleh mata kasar. Sesungguhnya Allah SWT menilai amalan yang dilakukan oleh seseorang hamba dengan pandangan rahmat-Nya.