Daripada Anas RA berkata; Nabi ﷺ ditanya tentang dosa-dosa besar. Maka baginda bersabda:
الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ
Maksudnya: “Menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua, membunuh orang dan bersumpah palsu”.
Riwayat Al-Bukhari, 2459
- Dosa besar ialah kesalahan yang dijanjikan azab yang pedih jika pelakunya tidak melakukan taubat nasuhah hingga diampunkan dosanya oleh Allah.
- Derhaka kepada ibu bapa merupakan dosa besar kedua selepas dosa perbuatan syirik. Semoga kita menjauhi dosa-dosa besar ini.