Firman Allah SWT:
رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنۡ هَمَزَٰتِ ٱلشَّيَٰطِينِ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحۡضُرُونِ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada hasutan syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak mendekatiku.”
Surah Al-Mukminun: 97-98
- Syaitan tidak akan mencuri harta, wang, kenderaan dan kedudukan kita. Tetapi ia berusaha mencuri IMAN dan TAQWA yang kita miliki kerana ia tahu yang paling berharga pada manusia adalah imannya. Sebab itu syaitan amat rajin berusaha sesatkan manusia.
- Mari teruskan berdoa dan berusaha. Moga Allah SWT melindungi diri kita bersama.