Doa Dicukupkan Yang Halal

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Maksudnya: “Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu.’

Riwayat At-Tirmidzi (3563)

  • Allah SWT menjanjikan kecukupan bagi mereka yang berusaha menjauhi yang haram dan berpegang teguh kepada yang halal.
  • Memilih yang halal membawa keberkatan yang melimpah dalam kehidupan, sama ada di dunia mahupun akhirat.
  • Doa ini juga membina maruah diri kerana tidak bergantung kepada manusia, tetapi hanya kepada Allah SWT.
  • Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang halal, penuh keberkatan, dan mencukupi untuk kita semua, serta menjauhkan kita daripada bergantung kepada selain-Nya.