Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon perlindungan-Mu daripada penyaki sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”
Riwayat Abu Daud (1554)
- Doa merupakan anugerah yang istimewa diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya sebagai tanda ingatan seorang hamba kepada Penciptanya.
- Oleh itu, kita amat dituntut untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa berada di dalam pengawasan dan penjagaan Allah SWT.
- Semoga Allah SWT memelihara kita daripada penyakit-penyakit atau perkara-perkara yang tidak baik lagi berbahaya berlaku kepada kita.