Firman Allah SWT:
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِي مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِيۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
Surah Ibrahim: Ayat 40
- Solat itu adalah satu amanat yang diletakkan kepada manusia oleh Allah SWT dan satu cara perhubungan rahsia antara hamba dengan Tuhan-Nya.
- Sesibuk mana pun kamu tetaplah teguh dalam mendirikan solat kerana solat itu tiang agama .
- Jika susah di dunia hanya untuk bangun dan mendirikan solat, susah di akhirat adalah dengan seksaan pedih bertahun-tahun lamanya di neraka kerana meninggalkan solat.
- Oleh itu, marilah sama-sama berusaha melaksanakan perintah Allah SWT termasuk menyempurnakan amalan solat agar tiang agama ini dapat berdiri dengan teguh dan menjadi satu terapi bagi fizikal serta mental.