Menjaga Silaturrahim

Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.”

Riwayat al-Bukhari, 5986

Istiqamah Dalam Beramal Walaupun Sedikit

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

أَحَبُّ الْعَمَل إِلَى اللَّهِ تَعَالَى مَا دَاوَمَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ وَإِنْ قَل

Maksudnya: “Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.”

Riwayat Muslim, 783

3 Amalan Yang Diwasiatkan Rasulullah ﷺ

Dari Abu Hurairah RA, dia berkata:

أَوْصَانِيْ خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad ﷺ) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.”

Riwayat al-Bukhari, 1880

Berbuat Baik Terhadap Semua Makhluk Allah SWT Termasuk Haiwan

Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah ﷺ:

أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ، قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ الْعَطَشِ، فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا

Maksudnya: “Seorang wanita yang melacur telah melihat seekor anjing pada suatu hari yang panas sambil mengelilingi sebuah perigi. Anjing tersebut juga menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Wanita tersebut menanggalkan kasutnya lalu memberinya minum maka telah diampunkan dosanya”.

Sahih Riwayat Muslim, 2245

Tentang Sombong

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:

لَا يَدْخُلُ الجَنَّةَ مَنْ كَانَ في قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Maksudnya: Tidak akan masuk syurga sesiapa yang wujud sifat sombong di dalam hatinya meskipun sebesar zarah.

Sahih Riwayat Muslim, 91

Tentang Malu

Daripada ‘Imran bin Hasin RA berkata, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

الحَيَاءُ لَا يَأْتِيْ إِلَّا بِخَيْرِ

Maksudnya: Sifat malu itu tidak akan datang melainkan dengan perkara-perkara yang baik.

Sahih Riwayat Al-Bukhari, 2117

Bantu Membantu

Daripada Abi Hurairah RA, sabda Nabi ﷺ:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan saudara mukmin daripada kesusahan di dunia maka Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat.”

Riwayat Muslim, 2699

Orang Yang Bersedekah Akan Mendapat Naungan Di Hari Akhirat

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah ﷺ bersabda berkenaan 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan di hari akhirat. Salah satunya adalah:

ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه

Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(Riwayat al-Bukhari, 660)

Amanah dan Akhirat

Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ. قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: إِذَا أُسْنِدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ

Maksudnya: Apabila hilang amanah dalam diri, maka tunggulah saat kebinasaan. Sahabat bertanya: Bagaimana punca hilangnya amanah itu wahai Rasulullah? Lalu, baginda Rasulullah ﷺ bersabda: Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah hari kebinasaan itu.

(Riwayat al-Bukhari, 6496)