Ujian adalah Sunnatullah

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi ﷺ bersabda:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا، إِلاَّ كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

Maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran, kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya.”

Riwayat al-Bukhari (5642)

  • Hidup manusia tidak akan terlepas daripada ujian, sama ada berbentuk keletihan, penyakit, atau kesusahan. Ini adalah sunnatullah bagi setiap hamba.
  • Umat Islam diajar untuk melihat ujian sebagai satu bentuk kasih sayang Allah. Ia adalah peluang untuk memperbaiki diri dan membersihkan dosa.
  • Mengeluh terhadap ujian hanya akan menambah beban. Sebaliknya, bersyukur dan bersabar mampu meringankan hati dan mendekatkan diri kepada Allah.
  • Hidup di dunia ini penuh dengan cabaran. Tawakal kepada Allah dan bersabar adalah kunci untuk menghadapi segala kesukaran dengan tenang.
  • Ketika ditimpa ujian, seorang Muslim dianjurkan untuk kembali kepada Allah melalui doa, zikir, dan solat.

Qana’ah (Merasa Cukup)

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:

انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَإِنَّهُ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ

Maksudnya: “Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, itulah yang lebih baik supaya kamu tidak merendah-rendahkan nikmat Allah yang dikurniakan kepada kamu”.

Riwayat at-Tirmizi (2513)

  • Buatlah perbandingan nikmat yang kita miliki dengan orang lain yang tidak memilikinya, nescaya kita akan sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang kita ada.
  • Elakkan dari membuat perbandingan dengan orang yang lebih daripada kita kerana ianya akan menghilangkan rasa bersyukur malah akan mendatangkan rasa kecewa, sedih malah sentiasa berdengki dengan kelebihan pada orang lain.
  • Didiklah hati dengan sifat qana’ah (merasa cukup) kerana ia akan melatih diri menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Berbakti Kepada Ibubapa

Daripada Abu Ad Darda dia mendengar Nabi ﷺ bersabda:

الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوْ احْفَظْهُ

Maksudnya: “Orang tua ibarat penengah pintu-pintu syurga, oleh kerana itu letakkanlah ia atau jagalah ia baik-baik.”

Hadis Sunan Ibnu Majah (3663)

  • Anak diberikan pilihan untuk menjaga “pintu syurga” itu dengan berbuat baik kepada ibu bapa, atau mengabaikannya sehingga merugikan diri sendiri.
  • Kegagalan berbakti kepada ibu bapa dianggap sebagai satu bentuk kerugian yang besar di dunia dan akhirat.
  • Berbaktilah sebaik mungkin kepada kedua ibu bapa sama ada mereka masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia (dengan mendoakannya).

Bahaya Sifat Sombong: Penghalang Ke Syurga

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Rasulullah ﷺ bersabda:

لَا يَدْخُلُ الجَنَّةَ مَنْ كَانَ في قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang wujud sifat sombong di dalam hatinya meskipun sebesar zarah.”

Riwayat Muslim (91)

  • Hadis ini mengingatkan kita untuk sentiasa muhasabah dan memeriksa hati agar bebas daripada sifat sombong. Sifat ini sering tidak disedari, terutama dalam bentuk halus seperti meremehkan pandangan orang lain atau merasa diri lebih baik.
  • Islam menganjurkan sifat tawaduk (rendah hati) sebagai lawan kepada sifat sombong. Rasulullah ﷺ sendiri adalah contoh terbaik dalam bersikap tawaduk walaupun baginda merupakan manusia paling mulia.
  • Semoga kita dijauhkan daripada sifat sombong dan diberi kekuatan untuk mengamalkan sifat tawaduk dalam kehidupan.

A perfect Wudu’ (ablution) wipes away sins

Uthman b. ‘Affan reported: The Messenger of Allah (way peace be upon him) said:

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ خَرَجَتْ خَطَايَاهُ مِنْ جَسَدِهِ حَتَّى تَخْرُجَ مِنْ تَحْتِ أَظْفَارِهِ ‏

He who performed ablution well, his sins would come out from his body, even coming out from under his nails.

Sahih Muslim (245)

  • Wudu’ is not merely a requirement for the validity of prayer but also an act of worship with great virtues. When performed with the right intention and perfection, it becomes a means of cleansing oneself from minor sins.
  • Perfecting the wudu’ means performing it with full attention, following the proper sequence, and adhering to the Sunnah. Diligence in wudu’ reflects love for Allah and the desire to attain His blessings.
  • May we always be granted the strength to perfect our wudu’ and make it an act of worship accepted by Allah SWT.

Struggles Are Steps, Not Setbacks

Narrated Abu Sa`id Al-Khudri and Abu Huraira: The Prophet ﷺ said:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا، إِلاَّ كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

“No fatigue, nor disease, nor sorrow, nor sadness, nor hurt, nor distress befalls a Muslim, even if it were the prick he receives from a thorn, but that Allah expiates some of his sins for that.”

Sahih al-Bukhari (5641)

  • Struggles are not a sign of failure but a means of purification and drawing closer to Allah.
  • Every struggle has a deeper purpose, even if we don’t realize it.
  • Struggles are part of life’s journey and a test of faith. They shape us, bring us closer to Allah, and remind us that success lies not in never falling, but in getting back up and trusting in His plan.
  • May Allah ease everything.

Doa Memohon Keselamatan

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

  • Berdasarkan hadis Nabi ﷺ, baginda menganjurkan umat Islam membaca doa ini tiga kali pada waktu pagi dan petang. Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa membaca doa ini tiga kali pada waktu pagi dan petang, maka tiada sesuatu pun yang dapat membahayakannya.” Riwayat Abu Daud (5088)
  • Jangan hanya menghafal atau membaca doa ini sebagai rutin, tetapi fahami maknanya dan hayati kebesaran Allah SWT.
  • Jadikan doa ini sebagai sebahagian daripada zikir harian, kerana manfaatnya bukan hanya untuk keselamatan fizikal tetapi juga keselamatan rohani.
  • Semoga amalan membaca doa ini menjadikan kita sentiasa dalam perlindungan Allah SWT di dunia dan akhirat. InsyaAllah!

Doa Dicukupkan Yang Halal

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Maksudnya: “Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu.’

Riwayat At-Tirmidzi (3563)

  • Allah SWT menjanjikan kecukupan bagi mereka yang berusaha menjauhi yang haram dan berpegang teguh kepada yang halal.
  • Memilih yang halal membawa keberkatan yang melimpah dalam kehidupan, sama ada di dunia mahupun akhirat.
  • Doa ini juga membina maruah diri kerana tidak bergantung kepada manusia, tetapi hanya kepada Allah SWT.
  • Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang halal, penuh keberkatan, dan mencukupi untuk kita semua, serta menjauhkan kita daripada bergantung kepada selain-Nya.

Doa Berlindung Dari Empat Perkara

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ

Maksudnya: ” Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah merasa puas, dan dari doa yang tidak pernah dikabulkan.”

Sahih Muslim (2722)

  • Ilmu yang tidak bermanfaat: Ilmu yang tidak membawa kebaikan kepada diri sendiri, orang lain, atau tidak mendekatkan diri kepada Allah. Doa ini mengingatkan kita untuk mencari ilmu yang berguna dan diamalkan.
  • Hati yang tidak khusyuk: Hati yang keras, lalai, atau tidak merasakan ketenangan dalam mengingati Allah. Khusyuk dalam ibadah adalah kunci kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya.
  • Nafsu yang tidak pernah puas: Sifat tamak, tidak bersyukur, dan keinginan yang berlebihan terhadap dunia. Ini boleh menyebabkan manusia lalai dari tanggungjawab spiritual dan moral.
  • Doa yang tidak dikabulkan: Bermaksud doa yang tidak didengar akibat kurangnya keikhlasan, kelalaian, atau sebab-sebab lain yang menghalang doa dari diterima. Ini mengajarkan kita untuk berdoa dengan hati yang bersih, niat yang benar, dan keyakinan penuh kepada Allah.
  • Amalan doa ini sesuai dijadikan rutin harian, terutama dalam usaha memperbaiki diri dan menjaga hubungan dengan Allah SWT.

A Heart Remembered by Allah

In a hadith Qudsi, Allah says:

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي، فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي، وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ

“I am as My servant thinks I am. I am with him when he mentions Me. If he mentions Me to himself, I mention him to Myself; and if he mentions Me in an assembly, I mention him in an assembly better than it.”

Sahih Al-Bukhari (7405)

  • “A heart that remebers Allah, is a heart that won’t be forgotten.”
  • Remembering Allah with a sincere heart keeps it connected to peace, purpose, and guidance. In turn, this heart finds itself cherished and remembered by Allah, receiving His blessings and mercy in ways we may not even see. A heart mindful of its Creator is indeed honored and preserved.