Semua Takdir Itu Baik

Daripada Anas Bin Malik RA, daripada Rasulullah SAW bersabda:

عجبْتُ للمُؤْمِنِ إنَّ اللهَ تعالى لَا يَقْضِي للمؤمِنِ قضاءً إلا كان خيرًا لَهُ

Maksudnya: ” Aku begitu takjub pada seseorang mukmin. Sesungguhnya Allah tidaklah menakdirkan sesuatu untuk seorang mukmin melainkan pasti itulah yang terbaik untuknya.”

Riwayat Ahmad (12906)

  • Hidup di dunia adalah sebuah perjalanan, bukan perbandingan. Jangan kita bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Kerana kita hidup di bumi yang sama, tapi dengan takdir yang berbeza.
  • Terima apa yang sudah terjadi, ikhlaskan apa yang tidak boleh diubah dan perbetulkan apa yang masih boleh diperbaiki.

Sakit Menggugurkan Dosa

Daripada Ibnu Mas’ud RA, daripada Nabi SAW bersabda :

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ إِلَّا حَطَّ اللَّهُ بِهِ سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا

Maksudnya : “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

Sahih al-Bukhari (5660)

Tujuh Dosa Besar

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi ﷺ bersabda:

اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَات

Maksudnya: “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah itu? Baginda bersabda: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan haq, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan dan menuduh wanita mukminah yang suci berbuat zina”.

Riwayat al-Bukhari (2766)

Ganjaran Membaca Al-Quran

Daripada `Aisyah R.Anha, Rasulullah ﷺ pernah bersabda:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

Maksudnya: Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran.

Riwayat Muslim (798)

  • Hadis ini memberikan motivasi kepada umatnya untuk terus belajar dan membaca Al-Quran, walaupun masih merangkak-merangkak.
  • Oleh itu, marilah sama-sama menjadikan Al-Quran sebagai bacaan harian yang wajib kita baca.

Wasiat Rasulullah ﷺ kepada Muaz Bin Jabal

Daripada Muaz Bin Jabal RA, bahawa Rasulullah ﷺ memegang tangannya dan bersabda:

‏”‏ يَا مُعَاذُ وَاللَّهِ إِنِّي لأُحِبُّكَ وَاللَّهِ إِنِّي لأُحِبُّكَ ‏”‏ ‏.‏ فَقَالَ ‏”‏ أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ ‏”‏

Maksudnya: ” Wahai Muaz, demi Allah, sesungguhnya aku mencintaimu, demi Allah aku mencintaimu.” Kemudian Baginda bersabda: ” Aku wasiatkan kepadamu wahai Muaz, janganlah engkau tinggalkan di penghujung setiap kali solat untuk mengucapkan, ” Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir dan bersyukur kepadaMu serta beribadah kepadaMu dengan baik.”

Riwayat Abu Daud (1522)

Perintah Menjaga Lisan

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi ﷺ Baginda bersabda :

عن أَبي هريرة – رضي الله عنه – عن النَّبيِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ: «مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ» متفق عَلَيْهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA, dia berkata: Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah keselamatan?” Baginda bersabda :

عن عقبة بن عامرٍ – رضي الله عنه – قَالَ: قُلْتُ: يَا رسولَ اللهِ مَا النَّجَاةُ؟ قَالَ: «أَمْسِكْ عَلَيْكَ لِسَانَكَ، وَلْيَسَعْكَ بَيْتُكَ، وابْكِ عَلَى خَطِيئَتِكَ». رواه الترمذي، وقال: حديث حسن

Maksudnya: “Tahanlah lisanmu, dan jadikanlah rumahmu luas (dengan mengingati Allah dan ketaatan), dan tangisilah dosamu.”

(Riwayat Al-Tirmizi, Hadis Hasan)

Doa Apabila Ditimpa Musibah

Baginda ﷺ bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan doa ini ketika ditimpa musibah, Allah pasti akan menggantikan buatnya sesuatu yang lebih baik.”

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ ini:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinya”.

Hadis Riwayat Muslim (918)

Gembirakan Kedua Ibu Bapa

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ جِئْتُ أُبَايِعُكَ عَلَى الْهِجْرَةِ وَتَرَكْتُ أَبَوَيَّ يَبْكِيَانِ فَقَالَ ارْجِعْ عَلَيْهِمَا فَأَضْحِكْهُمَا كَمَا أَبْكَيْتَهُمَا

Maksudnya: Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, ia berkata; terdapat seorang laki-laki yang datang kepada Rasulullah ﷺ dan berkata; aku datang membaiah engkau untuk berhijrah, dan aku telah meninggalkan kedua orang tua ku dalam keadaan menangis. Kemudian baginda bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan buatlah mereka tertawa sebagaimana engkau membuat mereka menangis!”

Sahih Riwayat Abu Daud, 2166

  • Tidak ada perkara yang berharga melainkan sesuatu yang membuatkan kedua ibu bapa gembira di dunia dan gembira di syurga.
  • Bagi mereka yang masih memiliki kedua ibu bapa atau salah seorang daripadanya, lakukanlah sesuatu yang mengembirakan kedua mereka.

Mensyukuri Nikmat

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:

انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اَللَّهِ عَلَيْكُمْ

Maksudnya: “Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu, kerana yang demikian itu lebih patut, agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang telah Allah berikan kepada kamu.”

Riwayat Muslim, 2963

Ringan di Lisan, Berat di Timbangan

Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi ﷺ bersabda:

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ ، حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

Maksudnya: “Dua kalimah yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar Rahman iaitu “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung).

HR. Bukhari (6682) dan Muslim (2694)