Seperti yang kita tahu ada 3 perkara yang secara ijma membatalkan puasa iaitu:
1. Makan dan minum dengan sengaja. [Al-Baqarah:187].
2. Haid atau nifas. [Bukhari: 304, Muslim: 79].
3. Bersetubuh di siang hari. [Al-Baqarah:187].
Bagaimana pula memakan ubat?
Jika seseorang itu sakit yang mana sakitnya itu membuatkan dia tidak mampu berpuasa, maka diharuskan untuk tidak berpuasa ketika itu namun perlu di qada di kemudian hari.
Adapun beberapa jenis ubat yang jika diambil, tidak membatalkan puasa. Antaranya ialah,
- Ubat sapu di kulit.
- Ubat titisan hidung sebagaimana pandangan Syaikh Haytsam Al Khiyath dan Syaikh ‘Ajil An Nasymiy.
- Ubat semburan ‘inhaler’.
- Ubat titisan mata.