adab berbicara

Berhati-hati dalam Berbicara

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi ﷺ , baginda bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا، يَزِلُّ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِقِ

Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang hamba itu nescaya bercakap dengan suatu perkataan yang tidak dia fikirkan (baik atau buruknya), maka dengan sebab perkataannya itu dia akan tergelincir ke neraka yang jaraknya lebih jauh daripada jarak antara timur dan barat.”

Sahih Riwayat al-Bukhari (6477)

  • Setiap perkataan yang diucapkan mempunyai kesan, sama ada besar atau kecil. Oleh itu, kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata, memastikan ucapan tersebut membawa kebaikan, bukan keburukan.
  • Perkataan yang diucapkan tanpa memikirkan akibatnya boleh menjerumuskan seseorang ke dalam dosa besar, bahkan siksaan di akhirat.
  • Dalam Islam, menjaga lisan adalah sebahagian daripada keimanan. Dengan berbicara perkara yang baik sahaja atau memilih untuk diam jika ragu-ragu, kita dapat mengelakkan akibat buruk daripada kata-kata.
  • Ucapan mencerminkan akhlak seseorang. Berbicara dengan hikmah atau memilih untuk diam merupakan tanda kematangan rohani dan akhlak yang tinggi.