Daripada Abu Ad Darda dia mendengar Nabi ﷺ bersabda:
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوْ احْفَظْهُ
Maksudnya: “Orang tua ibarat penengah pintu-pintu syurga, oleh kerana itu letakkanlah ia atau jagalah ia baik-baik.”
Hadis Sahih Sunan Ibnu Majah, 3663
- Ibu bapa ibarat pintu syurga bagi setiap anak.
- Berbaktilah sebaik mungkin kepada kedua ibu bapa sama ada mereka masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia (dengan mendoakannya).