APA ITU SAHUR DAN APA KELEBIHANNYA?

Sahur adalah waktu makan khas sebelum Subuh yang diamalkan oleh umat Islam sepanjang bulan puasa Ramadan. Ini adalah hidangan yang penting kerana memberikan tenaga untuk berpuasa sepanjang hari. Sahur biasanya bermula dari sebelum fajar hingga panggilan azan Subuh kedengaran.


Sahur juga merupakan sebahagian dari sunnah Nabi Muhammad (ﷺ) seperti yang dinyatakan di dalam hadis:


Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Nabi (ﷺ) bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

“Makan sahurlah kerana di dalamnya ada keberkat.” Sahih al-Bukhari 1923.


Penting bagi seseorang untuk mengambil makanan yang seimbang untuk sahur. Sahur dapat mengurangkan keletihan, kehausan dan rasa lapar sepanjang hari. Kurma, telur, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah beberapa makanan yang biasa dimakan untuk sahur.


Sahur tidak hanya memberikan tenaga dan hidrasi, tetapi juga mengikuti anjuran dan sunnah nabi. Ia adalah masa untuk merenungkan kepentingan Ramadan dan
mengingati dan bersyukur atas nikmat makanan dan air.


Sahur adalah hidangan yang penting dalam bulan Ramadan kerana memberikan
hidrasi, tenaga, dan menepati sunnah (ﷺ) Bagi melaksanakan puasa, penting untuk membuat keputusan yang sihat semasa memilih makan untuk bersahur.

Apa Itu Bersiwak ?

Secara asanya bersiwak itu bermaksud membersihkan gigi menggunakan kayu siwak atau kayu sugi. Sebagaimana hal itu yang biasanya dilakukan oleh Rasulullah ﷺ.

Perbuatan membersihkan gigi ini ialah sunnah dan sangat diredhai Allah.

Sebagaimana dalil,

السِّوَاكَ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِّ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ

“Siwak membuat bersih mulut dan mendatangkan redho Allah” (H.R Ahmad, sahih)

Adakah sunnah ini mesti menggunakan kayu sugi dan kayu siwak? Pastilah tidak. Malah tetap juga menjadi sunnah jika kita membersihkan gigi dengan alat-alat lain seperti berus dan ubat gigi atau juga berus gigi elektronik.

Wallahualam

Membela Uban

Ada orang yang mungkin malu dengan ubannya yang putih di atas kepala. Sehingga ada diantara mereka yang meminta anak mereka untuk mencabutnya dengan upah tertentu seperti 10 sen untuk sehelai uban yang tercabut.

Mungkin ada yang menilai uban dengan harga 10 sen sedangkan harganya jauh lebih tinggi dari itu. Kalau lah kita tahu nilai sebenar uban, maka pastilah kita tidak akan mahu pun mencabutnya dari kepala kita.

Tahukah anda uban kita akan bercahaya di hari kiamat?

Continue reading Membela Uban