Memberi Makan Kepada Orang Yang Berbuka Puasa

Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani RA berkata, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

مَن فطَّرَ صائمًا كانَ لَهُ مثلُ أجرِهِ، غيرَ أنَّهُ لا ينقُصُ من أجرِ الصَّائمِ شيئًا

Maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.”

Riwayat at-Tirmizi (807)

Ramadhan Bulan Ibadah

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ

Maksudnya: “Bila bulan Ramadhan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu.”

Sahih Riwayat al-Bukhari (3277)

Makan dan Minum Ketika Berpuasa Kerana Terlupa

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ أَكَلَ نَاسِيًا وَهْوَ صَائِمٌ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ، فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ

Maksudnya: “Jika seseorang lupa lalu dia makan dan minum (ketika sedang berpuasa) maka hendaklah dia meneruskan puasanya kerana hal itu bererti Allah telah memberinya makan dan minum.”

Sahih Riwayat al-Bukhari (6669)

Ramadhan Bulan Keberkatan dan Kemuliaan

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan karena keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu”.

Sahih Riwayat al-Bukhari (2009)

Ucaplah ‘Alhamdulillah’

Daripada ‘Aisyah R.Anha:

كانَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ إذا رأى ما يُحبُّ قالَ الحمدُ للَّهِ الَّذي بنِعمتِهِ تتمُّ الصَّالحاتُ وإذا رأى ما يكرَهُ قالَ الحمدُ للَّهِ علَى كلِّ حالٍ

Maksudnya: kebiasaannya Rasulullah ﷺ jika menyaksikan hal-hal yang baginda sukai, baginda mengucapkan “Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmus solihat” (segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala amal soleh sempurna). Sedangkan jika baginda menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan baginda mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli hal“ (segala puji bagi Allah atas segala keadaan)”

Riwayat Ibnu Majah (3803)

Penerimaan Doa

Allah SWT menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِي سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong daripada beribadat dan berdoa kepadaKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Surah al-Ghaafir: Ayat 60

  • Ramai daripada kalangan kita tidak mengetahui cara Allah SWT menerima doa hamba-hamba-Nya sehingga mereka menyangka bahawa Allah SWT tidak menerima doa mereka.
  • Allah SWT pasti akan memustajabkan setiap doa yang dipanjatkan kepada-Nya tetapi dengan cara yang berbeza. Sama ada terus dimustajabkan permintaan tersebut atau juga ditangguhkan kepada tempoh waktu tertentu.
  • Semoga Allah SWT menggolongkan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang doanya mustajab. Amin.

Penyakit al-Wahan

Daripada Thawban RA, Rasulullah SAW bersabda:

“يُوشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا‏‏”‏ فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ ‏”بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهَنَ‏”‏‏ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهَنُ قَالَ ‏”‏حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ‏”‏

Maksudnya: “Umat-umat lain akan mengelilingi kamu (iaitu musuh-musuh Islam akan menyerbu untuk membinasakan kamu) sepertimana mereka yang pelahap mengelilingi hidangan yang lazat.” Maka seseorang bertanya, adakah jumlah kita pada masa itu sedikit? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, bahkan jumlah kamu ramai, tetapi kamu seperti buih air bah yang banyak. Dan sesungguhnya Allah mencabut kehebatan kamu yang ada di dalam hati musuh-musuh kamu dan Allah mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahan. Lalu seseorang bertanya, apakah al-wahan itu, wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah: “Cintakan dunia dan bencikan mati.”

Riwayat Abu Daud (4297)

Doa Yang Mengumpulkan Seluruh Kebaikan Dunia Dan Akhirat

اللهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَعَافِنِي، وَارْزُقْنِي

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah hamba, rahmatilah hamba, berilah hamba keselamatan dari segala keburukan, dan berilah hamba rezeki.”

Nabi ﷺ bersabda: “Sungguh empat kalimat doa tersebut telah menghimpun seluruh kebaikan dunia dan akhiratmu.”

Riwayat Muslim (2697)

Jangan Sekali-kali Kita Berdoa Meminta Kematian Disegerakan

Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَتَمَنَّى أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ وَلاَ يَدْعُ بِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُ إِنَّهُ إِذَا مَاتَ أَحَدُكُمُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ وَإِنَّهُ لاَ يَزِيدُ الْمُؤْمِنَ عُمْرُهُ إِلاَّ خَيْرًا

Maksudnya: “Janganlah salah seorang di antara kamu mengharapkan kematian. Janganlah meminta kematian sebelum datang waktunya. Apabila salah seorang di antara kamu meninggal, maka terputuslah amalnya. Sesungguhnya tidak bertambah umur seorang mukmin kecuali kebaikan”.

Riwayat Muslim (2682)

  • Kematian itu sudah pasti bagi setiap makhluk Allah yang bernyawa. Namun, bila dan bagaimana cara kematian itu, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
  • Sebenarnya, berdoa untuk kematian adalah perkara yang tidak disukai dalam Islam, lebih-lebih lagi disebabkan hal-hal dunia.
  • Marilah sama-sama kita tingkatkan amal ibadah dan jauhkan diri dari maksiat. Ujian dan musibah juga adalah satu bentuk tarbiah daripada Allah buat kita hambaNya. Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi hamba yang bertaqwa dan beramal soleh serta mendapat redha Allah.