Menjaga Allah dalam Hati, Mendapatkan Penjagaan dari-Nya

Firman Allah SWT:

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ

Maksudnya: “Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang telah dia usahakan dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang telah dia lakukan. “

Surah Al-Baqarah: Ayat 286

  • Usahalah untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah terlebih dahulu. Setelah itu, kita akan melihat bagaimana semua masalah lainnya mulai membaik dengan sendirinya. Jika kita menjaga hubungan dengan Allah, Allah akan menjaga diri kita dan membuat segalanya menjadi lebih mudah untuk kita.”
  • Mendahulukan hubungan dengan Allah bukan hanya memperbaiki hati, tetapi juga memberikan kedamaian dan ketenangan dalam menghadapi berbagai persoalan hidup. Ketika kita bersandar kepada Allah, kita mendapatkan kekuatan, perlindungan, dan petunjuk yang membuat setiap tantangan lebih ringan dan terarah.
  • Ayat ini mengajarkan kita untuk bersandar kepada Allah dalam segala keadaan. Saat kita memperbaiki hubungan dengan-Nya, Allah akan membantu dan menguatkan kita dalam menghadapi berbagai kesulitan, sesuai dengan kemampuan yang diberikan-Nya.

Redha Dengan Ketentuan

Daripada Abu Yahya, iaitu Shuhaib bin Sinan RA, Rasulullah ﷺ bersabda:

‏ عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ ‏

Maksudnya: “Sungguh menakjubkan urusan orang beriman. Sesungguhnya seluruh urusannya adalah baik, dan itu tidak dimiliki kecuali oleh orang yang beriman. Jika ia mendapat kebahagiaan, ia bersyukur dan itu baik baginya, dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar dan itu pun baik baginya.”

Riwayat Muslim (2999)

  • Redha dengan ketentuan adalah konsep menerima dengan ikhlas segala ketetapan yang ditentukan oleh Allah, baik itu berupa kebaikan mahupun ujian. Dalam Islam, redha adalah salah satu sikap yang menunjukkan kepasrahan dan keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Allah dalam menentukan segala sesuatu.
  • Redha bukan bererti pasrah tanpa usaha atau membiarkan segala sesuatu terjadi begitu saja tanpa tindakan. Sebaliknya, redha datang setelah usaha terbaik dilakukan, dan hasilnya diserahkan kepada kehendak Allah.
  • Instead of saying: “sedang berdamai dengan takdir”. Let’s change the words to : “Ya Allah, aku redha. Aku terima dengan ikhlas ketetapan-Mu.”

Di Sebalik Setiap Ujian, Ada Kemudahan yang Menanti

Firman Allah SWT:

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرٗا

Maksudnya: “Maka sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan.”

Surah Al-Insyirah: Ayat 5–6

  • Allah SWT yang telah membawa kita ke titik saat ini, Dia pula yang akan memberikan kita kekuatan untuk melaluinya sampai akhir.
  • Percayalah bahawa dalam setiap kesukaran, selalu ada kemudahan yang Allah SWT sediakan. Tetaplah berpegang teguh pada-Nya, kerana Dia tidak akan membiarkan kita berjalan sendirian.
  • Semoga Allah SWT senantiasa memberikan keteguhan hati, ketabahan, dan jalan keluar dari setiap kesukaran yang kita hadapi.

Allah Membenci Orang Yang Berkata Keji Dan Kotor

Daripada Abu Darda RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا شَيْءٌ أَثْقَلُ فِي مِيزَانِ الْمُؤْمِنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ خُلُقٍ حَسَنٍ وَإِنَّ اللَّهَ لَيَبْغَضُ الْفَاحِشَ الْبَذِيءَ ‏

Maksudnya: “Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin selain akhlak yang baik. Sungguh, Allah membenci orang yang berkata keji dan kotor.

Riwayat At-Tirmizi (2002)

  • Hadis ini menunjukkan betapa besarnya nilai akhlak yang baik dalam Islam.
  • Rasulullah SAW menegaskan bahawa di hari kiamat, tidak ada sesuatu yang lebih berat di timbangan amal seorang mukmin selain daripada akhlak yang mulia.
  • Ini menggambarkan betapa pentingnya menjaga perilaku dan budi pekerti yang baik dalam kehidupan seharian.
  • Akhlak yang baik bukan sahaja mempengaruhi hubungan manusia dengan orang lain, tetapi juga mempunyai impak besar dalam penilaian amal oleh Allah SWT di akhirat.

Kebaikan Membawa ke Syurga

Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas’ud) RA daripada Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Maksudnya: “Sesungguhnya kebenaran akan membawa kepada kebaikan yang akan menuju ke syurga. Sesungguhnya jika seseorang itu sentiasa berlaku benar sehingga dia akan dikenali sebagai orang yang benar. Sesungguhnya kedustaan itu akan mendorong kepada kejahatan yang akan menuju ke neraka. Sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga dia akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai seorang pendusta.”

Riwayat Al-Bukhari (6094)

  • Seseorang Muslim yang sentiasa melakukan kebenaran, maka kebaikannya akan bertambah dan dosanya akan dihapuskan, manakala dia akan lebih dekat kepada syurga.
  • Sebaliknya bagi seseorang yang sentiasa berdusta, perbuatan tersebut akan mendorongnya kepada kejahatan malah dosanya semakin bertambah hari demi hari dan menjadi penyebab dia dimasukkan ke neraka.

Surah Mu’awwizatain

The Prophet Muhammad ﷺ said:

أُنْزِلَ، أَوْ أُنْزِلَتْ عَلَيَّ آيَاتٌ لَمْ يُرَ مِثْلُهُنَّ قَطُّ، المُعَوِّذَتَيْنِ

“I have been sent down verses the like of which have never been seen before, namely Al-Mu’awwizatain (Surah Al-Falaq and Surah Al-Naas).”

Sahih Muslim (814)

  • Al-Mu’awwizatain refers to two Madaniyah surahs, Surah Al-Falaq and Surah Al-Naas, which together consist of eleven verses: five in Surah Al-Falaq and six in Surah Al-Naas. These two surahs, meaning ‘all creation’ and ‘humankind,’ are also called “Mu’awwizatain” or “Ta’awuz” because they contain supplications for protection.
  • These surahs were revealed when the Prophet Muhammad ﷺ often prayed to Allah SWT for protection from the evil of humans, devils, and jinn after being bewitched by a Jewish person.
  • Surah Al-Falaq teaches us to seek protection from all forms of evil, including the harm caused by witchcraft, treachery, envy, and so on.
  • Surah An-Naas teaches us to seek protection from internal dangers, such as the threats posed by devils or jinn, as well as deceitful thoughts or bad memories that can corrupt our faith and worship.

Consistency (Istiqamah) in Reading the Qur’an

Narrated Abdullah bin Amru RA, the Messenger of Allah ﷺ said:

يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا

“It will be said to the companion of the Qur’an: ‘Recite and ascend (in ranks or to Paradise), and recite as you used to recite in the world, for your rank (in Paradise) will be at the last verse you recite.'”

Sunan Abu Dawud (1464)

  • Reading the Qur’an is not just an act of worship, but it is also spiritual nourishment that can guide us towards a better life, both in this world and the hereafter. Just as we need food to sustain our physical lives, the Qur’an is spiritual sustenance necessary for the well-being and continuity of the heart and soul.
  • Let us strive together to improve the quality of our worship every day.

The Reward for Removing a Branch from the Road

Narrated by Abu Hurairah RA, he said that the Messenger of Allah ﷺ said:

مَرَّ رَجُلٌ بِغُصْنِ شَجَرَةٍ عَلَى ظَهْرِ طَرِيقٍ، فَقَالَ وَاللَّهِ لأُنَحِّيَنَّ هَذَا عَنِ الْمُسْلِمِينَ، لاَ يُؤْذِيهِمْ،‏ فَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ

“A man came across a branch of a tree lying in the middle of the road and said, ‘By Allah, I will remove this from the path of the Muslims so that it does not harm them.’ As a result, he was admitted to Paradise.”

Sahih Muslim (1914)

  • Islam encourages its followers to perform good deeds in all situations and circumstances.
  • One of the signs of a believer is to do good deeds, including removing obstacles like a piece of wood from the road that could endanger others.
  • Some members of the Ummah of Prophet Muhammad ﷺ have been rewarded with Paradise for performing an act considered small, such as removing a piece of wood that could be hazardous to those using the road.
  • In the effort to do good, never underestimate deeds that may seem small to the naked eye. Indeed, Allah SWT evaluates the deeds performed by His servants with His mercy.

Menjauhi Perkara Sia-Sia

Daripada Abu Hurairah RA, meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ

Maksudnya: “Sebahagian daripada keperibadian muslim yang indah adalah meninggalkan hal yang tidak berfaedah.”

Riwayat at-Tirmizi (2317)

  • Hadis ini menekankan bahawa seorang Muslim yang baik ialah yang tidak melibatkan diri dalam perkara yang tidak memberi manfaat kepadanya, baik dari segi agama, duniawi, atau sosial. Ini termasuk perkara yang tidak memberi faedah kepada dirinya atau orang lain, seperti gosip, perbualan kosong, atau perbuatan sia-sia.
  • Islam mengajar kita untuk menggunakan masa dan tenaga kita dengan bijak. Orang yang meninggalkan perkara yang tidak bermakna akan mempunyai lebih banyak masa dan fokus untuk perkara-perkara yang lebih penting, seperti meningkatkan hubungan dengan Allah, beribadah, menuntut ilmu, atau membantu orang lain.
  • Dengan menghayati dan mengamalkan hadis ini, seorang Muslim akan lebih bijaksana dalam memilih kata-kata, tindakan, dan pergaulan, serta lebih fokus kepada perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain.

Masa

Firman Allah SWT:

وَٱلۡعَصۡرِ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ

Maksudnya: “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan melakukan kebaikan, serta saling berpesan untuk kebenaran dan saling berpesan untuk kesabaran.

Surah Al-Asr: Ayat 1-3

  • Masa akan terus berlalu, masa tidak menunggu mereka yang leka.
  • Mensia-siakan masa muda akan membawa penyesalan di hari tua. Carilah kesibukan yang mempunyai nilai di dunia dan di akhirat kelak.
  • Hargailah masa dengan sebaik-baiknya.