Larangan Membunuh Katak

Daripada Abdurrahman bin Uthman RA:

أَنَّ طَبِيبًا ذَكَرَ ضِفْدَعًا فِي دَوَاءٍ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَنَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَتْلِهِ

Maksudnya: Bahawa seorang perawat menyebut bahawa dia menggunakan katak dalam penyediaan ubatnya ketika dengan Rasulullah ﷺ. Lalu Baginda ﷺ menegahnya daripada membunuh katak.

Riwayat Abu Dawud (5269)

Abdullah bin Amru RA juga pernah menyebut:

لَا تَقْتُلُوا الضَّفَادِعَ فَإِنَّ نَقِيقَهَا تَسْبِيحٌ

Maksudnya: Janganlah kamu membunuh katak-katak kerana sesungguhnya bunyinya itu ialah tasbih.

Riwayat al-Baihaqi (19382)

  • Dalam Islam, hidup saling mengasihi bukan hanya untuk sesama manusia sahaja. Akan tetapi dengan haiwan juga harus melakukan perkara yang sama. Kerana semua makhluk di muka bumi ini adalah ciptaan Allah SWT yang sentiasa memuji-Nya.
  • Hadis di atas menyatakan bahawa Rasulullah ﷺ melarang umatnya daripada membunuh katak. Siapa sangka haiwan yang dianggap biasa itu mendapat tempat yang istimewa di sisi Baginda Rasulullah ﷺ.
  • Hadis lain juga menyatakan bahawa bunyi katak yang kita dengar adalah tasbih. Inilah antara sebab kita dilarang untuk membunuh katak.

Doa Dalam Diam

Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”.

Riwayat Muslim (2733)

  • Islam sangat menggalakkan setiap umatnya agar sentiasa berdoa kepada saudaranya.
  • Kita dituntut untuk mendoakan perkara-perkara kebaikan kepada saudara kita.
  • Doa seorang hamba tanpa pengetahuan saudaranya adalah mustajab di sisi Allah SWT.
  • Setiap apa yang kita doakan, Allah SWT juga akan mengurniakan kepada kita sama seperti yang kita doakan.

Merenung Nikmat Ilahi

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ ۚ هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّهِ يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ فَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ

Maksudnya:

Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?

Surah Fathir, ayat 3

  • Sekiranya kita ingin menghitung nikmat Allah, sejak dari permulaan hidup kita maka akan tidak terhitunglah nikmat dan rezeki kurniaan Allah terhadap kita. Apakah kita sentiasa memikirkan rahmat Allah itu atau kita mengingkarinya? Oleh itu, muhasabahlah diri kita dalam mengecapi nikmatnya.

Doa Mohon Diampuni Dosa Silam

Firman Allah SWT:

رَبَّنَآ إِنَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab neraka”.

Surah Ali-Imran: 16

  • Dosa atau maksiat adalah luka bukannya noda. Luka yang perlu diubati dengan Taubat, Istighfar dan kasih sayang dariNya.

Bernafas Ketika Minum

Daripada Anas bin Malik RA berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَنَفَّسُ فِي الشَّرَابِ ثَلَاثًا، وَيَقُولُ: إِنَّهُ أَرْوَى وَأَبْرَأُ وَأَمْرَأُ، قَالَ أَنَسٌ: فَأَنَا أَتَنَفَّسُ فِي الشَّرَابِ ثَلَاثًا

Maksudnya: “Adapun Rasulullah ﷺ bernafas sebanyak tiga kali ketika minum. Baginda SAW bersabda: “Itu lebih melegakan, bersih dan bermanfaat.” Anas berkata: Aku bernafas sebanyak tiga kali ketika minum.”

Riwayat Muslim (2028)

  • Imam al-Nawawi meletakkan hadith ini di dalam bab kemakruhan bernafas di dalam bekas dan sunat bernafas di luar bekas minuman sebanyak tiga kali.
  • Hadith ini juga menunjukkan larangan bernafas di dalam bekas minuman.
  • Hasil penemuan sains, apabila kita bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika minum, maka kita akan mengeluarkan CO2 (karbon dioksida) yang mana apabila bercampur dengan air (H2O).
  • Ia akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan. Begitu juga anjuran supaya tidak meniup minuman asbabnya adalah sama.

Kelebihan Solat Sunat Subuh

Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”.

Riwayat Muslim (725)

  • Solat sunat subuh mempunyai banyak kelebihan serta amat rugi bagi sesiapa yang tidak berusaha untuk mengamalkannya. Untuk itu, kita sebagai umat Baginda SAW seharusnya mencontohi setiap yang dilakukan oleh Baginda SAW.

Doa Dipermudahkan Urusan

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan ke atas orang yang terdahulu sebelum kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Surah al-Baqarah: Ayat 286

  • Saat kita menyangka masalah tidak mampu diselesaikan, ingatlah bahawa doa yang tulus ikhlas mampu menyelesaikannya dengan cara tidak terduga.

Zikir Penghapus Dosa Sebanyak Buih Di Lautan

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

Maksudnya: “Barang siapa bertasbih kepada Allah selepas solat sebanyak 33 kali, dan bertahmid kepada Allah 33 kali, dan bertakbir kepada Allah 33 kali, hingga semuanya berjumlah 99,” dan baginda menambah: “Kesempurnaan 100 adalah membaca: Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai’in qadiir, maka kesalahannya akan diampunkan walau sebanyak buih di lautan.”

(Riwayat Muslim, 597)

  • Antara amalan yang digalakkan selepas solat fardu ialah membaca Tasbih (Subhaanallah) sebanyak 33 kali, Tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan Takbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali.
  • Bagi menjadikan zikir tersebut sempurna, zikir terakhir (ke 100) dibaca sekali:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

  • Sesiapa yang menyempurnakan zikir di atas dengan ikhlas, dosanya akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan (dosa kecil).
  • Semoga kita istiqamah untuk mengamalkan zikir selepas solat fardhu.

Jaga Solat Walaupun Kita Bukan Orang Baik

Firman Allah SWT:

إِنَّنِيٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعۡبُدۡنِي وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكۡرِيٓ

Maksudnya: Sesungguhnya Akulah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.

Surah TaHa: Ayat 14

  • Solat adalah alat menghubungkan insan dengan Tuhannya. Solat umpama tiang yang mengukuhkan sesuatu struktur. Tanpa tiang, akan runtuhlah sesebuah struktur berkenaan.
  • Tolong jaga solat kita. Jahat atau buruk macam mana pun keadaan diri kita, jangan pernah tinggal solat.
  • InsyaAllah hidayah itu milik Allah. Tiada yang mustahil di masa akan datang kita dapat berubah menjadi orang yang lebih baik dan hamba Allah yang baik disisiNya.

Maniskan Wajahmu

Dari Abu Dzar RA dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

‎تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ

Maksudnya: “Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu.”.

Hadis Riwayat at-Tirmidzi.‎

  • Rasulullah ﷺ adalah seorang yang kaya dengan senyuman.
  • Dalam Islam, perbuatan senyum dikira sebagai amal kebaikan sedekah.
  • Mudahkan? Tanpa perlu mengeluarkan wang atau harta, hanya menunjukkan raut wajah ceria kepada orang lain, akan memperoleh ganjaran pahala oleh Allah SWT.