Allah Mencintai Orang yang Pemaaf

Firman Allah SWT:

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Maksudnya: “Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahannya serta orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan Allah menyayangi orang yang melakukan kebaikan.”

Surah Ali-Imraan: Ayat 134

  • Sifat pemaaf adalah anugerah yang mendatangkan rahmat Allah dan menciptakan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat. Sebagai seorang Muslim, kita diajarkan untuk memaafkan dengan penuh keikhlasan, kerana Allah Maha Pemaaf dan mencintai hamba-Nya yang pemaaf.
  • Berikut adalah beberapa perkara yang perlu kita memaafkan:
  1. Memaafkan ibu bapa andai mereka tidak pernah menyayangi kita seperti yang kita inginkan. (17:24)
  2. Memaafkan diri sendiri atas semua perkara negatif yang kita pernah lakukan sebelum ini. (39:53)
  3. Memaafkan orang lain yang pernah sakitkan hati kita, andai kita mampu, kerana mereka juga manusia yang lemah. (4:28)
  4. Memaafkan dosa yang kita nampak disekeliling, kita tidak tahu perjalanan hidup orang lain. Oleh itu, jangan cepat menghakimi. (6:57)
  5. Memaafkan diri sendiri kerana tidak sempurna dan selalu tidak menjadi versi terbaik didalam diri kita. (4:28)