Dari Jabir RA katanya, Rasulullah ﷺ bersabda:
إِذَا وَقَعَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ فَلْيَأْخُذْهَا فَلْيُمِطْ مَا كَانَ بِهَا مِنْ أَذًى وَلْيَأْكُلْهَا وَلاَ يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ وَلاَ يَمْسَحْ يَدَهُ بِالْمِنْدِيلِ حَتَّى يَلْعَقَ أَصَابِعَهُ فَإِنَّهُ لاَ يَدْرِي فِي أَىِّ طَعَامِهِ الْبَرَكَةُ
Maksudnya: “Apabila suapanmu jatuh, ambillah kembali lalu buang bahagian yang kotor dan makanlah bahagian yang bersih. Jangan dibiarkan ia dimakan syaitan, dan jangan kamu sapu tanganmu dengan lap sebelum kamu kulum jarimu. Kerana kamu tidak tahu makanan mana yang membawa berkat.”
Riwayat Muslim (2033)
- Ketika kita menjamah makanan, kadang kala ada juga sebutir dua cebisan makanan yang terjatuh dari pinggan. Makanan yang terjatuh itu tidak sepatutnya dibiarkan.
- Kita perlulah mengambilnya semula. Jika ada kekotoran kecil, kita bersihkannya dan boleh dimakan lagi.
- Sunnah ini kelihatan kecil, tetapi ia menunjukkan satu adab yang baik ketika kita sedang makan.