Daripada Abu Ad Darda dia mendengar Nabi ﷺ bersabda:
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوْ احْفَظْهُ
Maksudnya: “Orang tua ibarat penengah pintu-pintu syurga, oleh kerana itu letakkanlah ia atau jagalah ia baik-baik.”
Hadis Sunan Ibnu Majah (3663)
- Anak diberikan pilihan untuk menjaga “pintu syurga” itu dengan berbuat baik kepada ibu bapa, atau mengabaikannya sehingga merugikan diri sendiri.
- Kegagalan berbakti kepada ibu bapa dianggap sebagai satu bentuk kerugian yang besar di dunia dan akhirat.
- Berbaktilah sebaik mungkin kepada kedua ibu bapa sama ada mereka masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia (dengan mendoakannya).