Firman Allah SWT:
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرٗا
Maksudnya: “Maka sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan.”
Surah Al-Insyirah: Ayat 5–6
- Allah SWT yang telah membawa kita ke titik saat ini, Dia pula yang akan memberikan kita kekuatan untuk melaluinya sampai akhir.
- Percayalah bahawa dalam setiap kesukaran, selalu ada kemudahan yang Allah SWT sediakan. Tetaplah berpegang teguh pada-Nya, kerana Dia tidak akan membiarkan kita berjalan sendirian.
- Semoga Allah SWT senantiasa memberikan keteguhan hati, ketabahan, dan jalan keluar dari setiap kesukaran yang kita hadapi.