Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. [Surah Al-Anbiya : 21]
Al-Quran menyebutkan hal ini sebanyak 3 kali.. Setiap benda hidup akan mengalami kematian.. Setiap jiwa akan merasai kematian. Allah tidak mengatakan bahawa kita akan mati. Kematian mempunyai rasa, oleh itu Allah menyatakan kita akan merasai kematian dan bukannya kita akan mendapatnya. Bagi mereka yang bersedia, ia adalah pengalaman yang menyenangkan. Kita terlalu terikat dengan dunia ini, bertindak seolah-olah kita akan berada di sini selama-lamanya, sehingga ia menjadi pahit bagi mereka yang melupakannya. Sebaliknya, kita semua tahu bahawa kematian sentiasa mengejar kita, seperti mana kita mengejar kehidupan sementara ini!
Setiap Jiwa akan Mengalami Kematian! Kematian adalah kepastian. Ia adalah satu-satunya perkara dalam hidup yang pasti kita ketahui. Tidak kira usia atau keadaan kesihatan kita. Kita semua akhirnya akan menemui kematian. Kita seharusnya sentiasa bersedia.
Ramai rakan-rakan kita, ahli keluarga, dan orang tersayang telah meninggalkan kita hari ini; esok, giliran kita pula. Secara jujurnya, kita tidak tahu bila saat kita akan tiba. Marilah kita sentiasa bersedia dan taat kepada Allah.