Daripada Usamah bin Zayd RA berkata, Rasulullah ﷺ berpesan dalam sabdanya:
مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوْفٌ، فَقَالَ لِفَاعِلِهِ: جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا، فَقَدْ أَبْلَغَ فِيْ الثَّنَاءِ
Maksudnya: Sesiapa yang diperlakukan kepadanya sesuatu kebaikan, maka ucapkanlah kepada orang yang melakukan kebaikan kepada kamu dengan ungkapan: (Jazakallahu Khairan) “Semoga Allah membalasnya dengan segala kebaikan”. Maka sesungguhnya dia telah menerima pujian yang terbaik.
Riwayat Al-Tirmizi (2035)
- Mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang berbuat baik kepada kita adalah sebahagian daripada ajaran Islam.
- Ucapan (Jazakallahu Khairan) adalah ucapan yang paling baik kerana ia disebut oleh Rasulullah ﷺ sebagai suatu doa yang cukup dapat membalas kebaikan seseorang.