Ketika berlakunya perselisihan di antara Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS, Nabi Musa AS berdoa agar Allah SWT mengampunkan kesilapannya dan saudaranya iaitu Nabi Harun AS. Nabi Musa berdoa dengan berkata:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلأَخِي وَأَدْخِلْنَا فِي رَحْمَتِك
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam syurga.”
Surah al-A’raf: Ayat 151
- Berapa ramai di kalangan kita yang mendoakan sesama adik-beradik sendiri?
- Melihatkan kepada doa ini, alangkah baiknya andai sesama adik-beradik itu saling mendoakan kebaikan dan keampunan sesama mereka agar mereka semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah.
- Semoga ikatan kasih sayang adik-beradik kita tidak akan putus dan kekal hingga ke syurga.