Daripada Abdurrahman bin Uthman RA:
أَنَّ طَبِيبًا ذَكَرَ ضِفْدَعًا فِي دَوَاءٍ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَنَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَتْلِهِ
Maksudnya: Bahawa seorang perawat menyebut bahawa dia menggunakan katak dalam penyediaan ubatnya ketika dengan Rasulullah ﷺ. Lalu Baginda ﷺ menegahnya daripada membunuh katak.
Riwayat Abu Dawud (5269)
Abdullah bin Amru RA juga pernah menyebut:
لَا تَقْتُلُوا الضَّفَادِعَ فَإِنَّ نَقِيقَهَا تَسْبِيحٌ
Maksudnya: Janganlah kamu membunuh katak-katak kerana sesungguhnya bunyinya itu ialah tasbih.
Riwayat al-Baihaqi (19382)
- Dalam Islam, hidup saling mengasihi bukan hanya untuk sesama manusia sahaja. Akan tetapi dengan haiwan juga harus melakukan perkara yang sama. Kerana semua makhluk di muka bumi ini adalah ciptaan Allah SWT yang sentiasa memuji-Nya.
- Hadis di atas menyatakan bahawa Rasulullah ﷺ melarang umatnya daripada membunuh katak. Siapa sangka haiwan yang dianggap biasa itu mendapat tempat yang istimewa di sisi Baginda Rasulullah ﷺ.
- Hadis lain juga menyatakan bahawa bunyi katak yang kita dengar adalah tasbih. Inilah antara sebab kita dilarang untuk membunuh katak.