Ada sebuah zikir yang diajarkan oleh Baginda Nabi ﷺ, yang sangat mudah dirutinkan setiap saat, namun berat di timbangan amalan.
Hadith daripada Abu Hurairah RA, dia berkata, Nabi ﷺ bersabda;
كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ ، خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maksudnya: “Dua kalimat yang dicintai oleh Ar Rahman, ringan diucapkan di lisan, namun berat dalam timbangan (amalan) iaitu subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil ‘azhim (Maha Suci Allah, segala pujian untuk-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Mulia).”
Riwayat al-Bukhari, 7563