Firman Allah SWT:
إِنَّآ أَعۡطَيۡنَٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan berqurbanlah.”
Surah Al-Kawthar: Ayat 1-2
- Ibadah Qurban merupakan salah satu ibadah sunat yang dituntut dilakukan ke atas mereka yang mampu dan mempunyai harta yang cukup sama ada ke atasnya dan juga di bawah tanggungannya.
- Ibadah Qurban yang dijalankan pada setiap 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) merupakan sebahagian daripada sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai memperingati pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Nabi Ismail A.S.
- Ia adalah salah satu bukti cinta dan ketaatan kepada Allah SWT. Ia juga disyariatkan sebagai tanda syukur kepada Allah di atas segala nikmat yang telah dikurniakanNya. Dengan berqurban, ia boleh membantu membersihkan kelalaian dalam hati kita dan terus bersyukur dengan apa yang ada.