Bayar Zakat Fitrah Sebelum Solat Eid

عَنِ اِبْنِ عُمَرَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: – فَرَضَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – زَكَاةَ اَلْفِطْرِ, صَاعًا مِنْ تَمْرٍ, أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ: عَلَى اَلْعَبْدِ وَالْحُرِّ, وَالذَّكَرِ, وَالْأُنْثَى, وَالصَّغِيرِ, وَالْكَبِيرِ, مِنَ اَلْمُسْلِمِينَ, وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ اَلنَّاسِ إِلَى اَلصَّلَاةِ – مُتَّفَقٌ عَلَيْه ِ

Dari Ibnu Umar radhiyallahu anhuma, ia berkata, “Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitrah dengan satu sha (2.751 kg) kurma atau satu sha (2.751 kg) gandum bagi hamba dan yang merdeka, bagi laki-laki dan perempuan, bagi anak-anak dan orang dewasa dari kaum muslimin. Beliau memerintahkan agar zakat tersebut ditunaikan sebelum manusia berangkat menuju solat eid.”

(HR. Bukhari, 1503 dan Muslim, 984)

Mencari Lailatul Qadar

Nabi SAW bersabda,

الْتَمِسُوهَا فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى تَاسِعَةٍ تَبْقَى ، فِى سَابِعَةٍ تَبْقَى ، فِى خَامِسَةٍ تَبْقَى

“Carilah ia (Malam Lailatul Qadar) pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, pada sembilan, tujuh dan lima malam terakhir.”

(Sahih Riwayat Bukhari, 2021)

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn Umar RA yang bermaksud: “Sesiapa yang mencari malam al-Qadar, hendaklah dia mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam al-Qadar pada malam yang ke-27”.

(Riwayat Imam Ahmad)

Bercakap Dengan Jelas

عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ إِذَا سَلَّمَ سَلَّمَ ثَلَاثًا وَإِذَا تَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ أَعَادَهَا ثَلَاثًا

Anas berkata: “Apabila Rasulullah SAW bercakap, maka Baginda akan mengulanginya sampai tiga kali sehingga semua yang mendengar menjadi faham dan apabila Baginda mendatangi rumah seseorang, maka Baginda akan mengucapkan Salam tiga kali.”

(HR Bukhari No: 92)

Mencabut Uban

Saidina Anas Bin Malik R.anh bahawa beliau berkata:

يُكْرَهُ أَنْ يَنْتِفَ الرَّجُلُ، الشَّعْرَةَ الْبَيْضَاءَ مِنْ رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ

Maksudnya: Dimakruhkan bagi seorang lelaki itu mencabut rambut yang putih daripada kepalanya dan juga janggutnya.

(Riwayat Muslim, 2341)

Artifical Intelligence Al-Quran Checker

Engineering in progress, Al-Quran real-time smart checker with artificial intelligence (AI) to detect errors on live recitations is coming soon. Soon we will also be releasing al-Quran Mushaf mode for a better reading experience together with your personal scoring mode to improve better,

#TheNoorApp #artificialintelligence #realTimeChecker

Berprasangka Buruk

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:

إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ، وَلاَ تَحَسَّسُوا، وَلاَ تَجَسَّسُوا، وَلاَ تَبَاغَضُوا، وَلاَ تَدَابَرُوا، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا ‏

Maksudnya: Jauhilah daripada berprasangka buruk, kerana prasangka buruk merupakan dusta yang besar. Dan janganlah melihat kesalahan orang lain, dan janganlah suka mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah saling membenci, dan janganlah memutuskan hubungan persaudaraan (atau berkonspirasi) akan tetapi jadilah kamu semua sebagai hamba Allah yang bersaudara.

Riwayat al-Bukhari (5143)

Hindari Ghibah

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ

Maknanya: “Adakah kamu tahu apakah itu mengumpat?.” Para sahabat berkata: Hanya Allah dan Rasul-Nya yang mengetahuinya. Nabi SAW bersabda: “Kamu menyebut perihal saudaramu yang tidak disukainya.”

(Riwayat Muslim, 2589)

Hasad Dan Dengki

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَقُومُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَهُوَ يُنْفِقُهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ

Maksudnya: Perasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada 2 perkara: dengki terhadap seseorang yang dikurniakan ilmu tentang al-Qur’an dan dia membacanya sepanjang malam dan siang, serta dengki terhadap seseorang yang dikurniakan harta dan dia menginfakkannya (ke jalan Allah SWT) sepanjang malam dan siang.

(Sahih al-Bukhari, 7529 dan Sahih Muslim, 815)

Bersungguh-Sungguh Dalam Berdoa

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَقُولَنَّ أَحَدُكُمْ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي إِنْ شِئْتَ، اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي إِنْ شِئْتَ، لِيَعْزِمِ المَسْأَلَةَ، فَإِنَّهُ لاَ مُكْرِهَ لَهُ

Jangan sekali-kali ada sesiapa dalam kalangan saudara berdoa begini, “Ya Allah! Ampunkan aku sekiranya Engkau mahu. Ya Allah! Kasihanilah aku sekiranya Engkau mahu”. Berdoalah bersungguh-sungguh, kerana tiada siapa dapat memaksa Allah.

(Riwayat al-Bukhari, 6339 dan Muslim, 2679)

Bersungguh-Sungguh Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Umm al-Mukminin Aisyah RA meriwayatkan perlakuan Nabi saw ketika tiba 10 malam terakhir. Beliau berkata :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

Maksudnya :” Nabi saw apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).”

Riwayat al-Bukhari (2024)