Firman Allah SWT:
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”
Surah al-Hadid: Ayat 18
- Jangan malu jika hanya mampu memberi sedikit untuk bersedekah, kerana selalu ada kebaikan dalam memberi. Kebahagiaan akan semakin bertambah jika saling memberi sesama manusia. Memberi bukanlah tentang seberapa besar dan seberapa berharganya nilai yang kau beri, namun seberapa tulus dan ikhlasnya apa yang ingin kau beri.