– Akhlak Mulia
– Cara Berpakaian
Kaedah terbaik dalam cara pergaulan ialah untuk kita bergaul dengan orang lain mengikut cara seperti mana kita suka orang lain bergaul dengan kita.
Sabda Nabi ﷺ:
فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُزَحْزَحَ عَنِ النَّارِ وَيُدْخَلَ الْجَنَّةَ، فَلْتَأْتِهِ مَنِيَّتُهُ وَهُوَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِر، وَلْيَأتِ إلى النَّاس الَّذِي يُحِبُّ أَنْ يُؤْتَى إِلَيْهِ.
“Barang siapa ingin dijauhkan daripada api neraka dan masuk ke dalam syurga maka hendaklah ajalnya tiba dalam keadaan dia beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan hendaklah dia bergaul dengan manusia mengikut cara seperti mana dia suka orang lain bergaul dengannya.”
[Sahih. Riwayat Muslim]
Maka jika kita mengharapkan layanan baik daripada orang lain maka pastikan bahawa kita melakukan hal serupa dengan orang di sekeliling.
Demikian jika kita mahu orang lain hormat kita maka pastikan bahawa kita terlebih dahulu menghormati mereka.
CATATAN:
Begitu juga kaedahnya dalam cara berpakaian.
Jika pakaian kita apabila keluar rumah tidak sesuai atau tidak senonoh maka jangan terkejut atau merasa sedih jika orang di sekeliling tidak pandang atau bersikap acuh tak acuh dengan kita.
Ini kerana cara pakaian kita menunjukkan sikap kita dengan orang lain.
Jika kita tidak ambil peduli orang lain maka natijahnya orang lain pun tidak akan ambil peduli dengan kita.