Sekalipun ada perbezaan pendapat, tetapi InsyaAllah PANDANGAN yang rajih YANG KUAT sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh Al-Albani, Syeikh Muhammad bin Saleh Al-Uthaimin, Syeikh Saleh Al-Fauzan dan yang lain ialah pandangan yang MENGHARUSKAN BERDOA DALAM BAHASA SELAIN ARAB bagi mereka yang tidak mampu berbahasa Arab.
Ini kerana TIADA NAS yang MELARANG sedemikian. Tambahan pula, inilah pandangan yang menepati kaedah-kaedah umum Agama yang bersifat memudahkan; bukan menyusahkan; lebih-lebih lagi dalam keadaan TERPAKSA seperti berdoa bagi mereka yang tidak pandai berbahasa Arab.
Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah tidak membebankan hambaNYA kecuali dengan APA YANG DIA MAMPU .”
Surah Al-Baqarah, ayat 286.
Perbuatan mewajibkan berdoa dalam bahasa Arab ke atas orang ‘Ajam (bukan Arab) jelas sesuatu yang TIDAK MAMPU dilakukan oleh SEMUA orang.
Sedangkan inilah implikasi yang berlaku akibat pendapat mewajibkan berdoa dalam bahasa Arab, di mana akhirnya ramai yang TIDAK BERDOA DALAM SOLAT!
Lebih parah, barangkali inilah punca mengapa timbulnya budaya BERDOA SECARA BERJEMAAH SELEPAS SOLAT!
Sedangkan berdoa adalah TALIAN HAYAT seseorang hamba dengan Tuhannya, barangsiapa yang tidak berdoa dia telah mengharamkan atas dirinya segala kebaikan.
PENTINGNYA kita BERDOA, lebih-lebih lagi KETIKA SUJUD.
Sabda Nabi ﷺ:
“Sehampir-hampir seseorang itu dengan Tuhannya ialah ketika dia sujud. Maka perbanyakkanlah berdoa.”
Riwayat Muslim.
Wajarlah kita memperbanyakkan berdoa khususnya dalam solat ketika sujud atau paling tidaknya selepas tasyahhud; sebelum salam.
Tiada halangan insyaAllah untuk kita berdoa dalam bahasa Melayu atau bahasa lain sekiranya kita tidak menguasai bahasa Arab.
Sekalipun asal doa itu bermula dalam hati sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, tetapi MELAFAZKAN DOA DENGAN LISAN LEBIH AFDAL kerana ia akan menguatkan lagi permohonan seseorang hamba itu di kala permintaan hati itu dizahirkan oleh lisannya.
Kepada Allah jua kita memohon petunjuk.
Barakallahu fikum