Daripada Adi Bin Hatim RA, Dia berkata, Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
اتَّقُوا النَّارَ ولو بشِقَّةِ تَمْرَةٍ
Maksudnya: “Jagalah diri kalian daripada api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sepotong kurma.”
Riwayat al-Bukhari (3595)
- Jom suburkan amalan sedekah sebagai sebahagian daripada kehidupan kita semua.
- Semoga kita termasuk di kalangan sebahagian hambaNya yang gemar memberi dan mudah-mudahan amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah SWT.