Bacalah Bismillah

Nabi SAW bersabda :

« يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ » . فَمَا زَالَتْ تِلْكَ طِعْمَتِى بَعْدُ

Maksudnya : “Bacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang paling hampir denganmu.”

(HR al-Bukhari, 5376 dan Muslim, 2022)

Hadis Solat Subuh

Jundab bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى صَلَاةَ الصُّبْحِ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللهِ، فَلَا يَطْلُبَنَّكُمُ اللهُ مِنْ ذِمَّتِهِ بِشَيْءٍ، فَإِنَّهُ مَنْ يَطْلُبْهُ مِنْ ذِمَّتِهِ بِشَيْءٍ يُدْرِكْهُ، ثُمَّ يَكُبَّهُ عَلَى وَجْهِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ

Maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah. Allah tidak sesekali menggugurkan daripada jaminan-Nya dengan sesuatu. Oleh yang demikian, sesiapa yang menggugurkan daripada dirinya jaminan Allah, pasti dia akan mendapatkannya (balasan). Kemudian wajahnya akan ditelangkupkan dalam Neraka.”

(Riwayat Muslim, 657)

Keistimewaan Menjaga Anak Yatim

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ

Maksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”.

(Riwayat Muslim, 2983)

Baik Terhadap Jiran

Abi Syuraih al-Khuzaʻi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ

Maksudnya: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah berbuat kebaikan kepada jirannya.

(Riwayat Muslim, 48)

Terlindung dari Fitnah Dajjal

Daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

“Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.”

(Hadis Riwayat Muslim:1342)

Bersedekah Ketika Kita Susah

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah ﷺ: “Wahai Rasulullah, Apakah sedekah yang paling besar pahalanya?” Sabda Rasulullah ﷺ:

أَنْ تَصَدَّقَ وأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الفَقْرَ، وتَأْمُلُ الغِنَى، ولَا تُمْهِلُ حتَّى إذَا بَلَغَتِ الحُلْقُومَ

Maksudnya: “(Sedekah yang paling besar ganjarannya ialah) Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah), jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan.”

Hadis Riwayat al-Bukhari, 1419

Ujian Penghapus Dosa

Daripada Abi Sa’id al-Khudri dan Abi Hurayrah RA berkata, baginda Nabi ﷺ bersabda:

مَا يُصِيْبُ الْمُؤْمِنُ مِنْ وَصَبٍ وَلاَ نَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حَزَنٍ وَلا غَمٍّ وَلاَ أَذَى حَتَّى الشَّوْكَةُ يُشَاكُهَا إٍلاَّ كَفَّرَ اللهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ.

Maksudnya: “Tidaklah ditimpa orang mukmin itu berasa sakit (secara berterusan), berasa penat dan khuatir (dalam fikiran), berasa sedih dan hiba (kerana sesuatu yang menimpa), rasa kegelisahan hati atau sesuatu yang memedihkan sehingga merasakan duri yang menusuk melainkan dihapuskan dosa-dosanya.”

(HR Al Bukhari : 5641)

Hadis Kurma Ajwa

Dari Sa’d bin Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعَ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضرَّهُ فِي ذَلِكَ اليَوْمِ سُمٌّ وَلا سِحْرٌ

Siapa yang setiap hari sarapan kurma Ajwa 7 butir, maka racun maupun sihir tidak akan memberikan kesan baginya di hari itu.

(HR. Bukhari 5130 & Muslim 5460)

Haji Penerbangan Awal 2022/1443H

Assalamualaikum Bakal Haji/Hajjah,

In shaa Allah Program Haji 1443H/2022 bersama PPHF dengan kerjasama rakan strategik TheNoor untuk 100 jemaah SAHAJA bagi penerbangan awal selama 40 hari tempoh Haji boleh mula ditempah sekarang.

Pendaftaran dan tempahan dibuka secara online dengan kerjasama TheNoor dan ia boleh dibuat menerusi pautan berikut:

https://www.billplz.com/thehajj

https://buy.stripe.com/cN2dTHbHJfTQcpi289

Boleh juga hubungi nombor Whatsapp dan emel yang tertera pada poster iklan untuk tempahan dan maklumat lanjut.

40 hari (10 Zulkaedah – 20 Zulhijjah)

  • Pakej RM79,000
  • Bilik BERDUA
  • Flight Ekonomi Saudi Airlines/MAS
  • Hotel Mekah : Makkah Towers
  • Hotel Madinah : Ru’a Al-Hijrah (dari arah kiblat)
  • Khemah Arafah/Muzdalifah/Mina VIP
  • Bas VIP

Tarikh akhir untuk bayaran booking sebanyak RM30,000 adalah pada 20 Ramadhan 1443H / 22 April 2022.

Pihak PPHF akan sediakan AGREEMENT untuk semua jemaah. Atas apa jua sebab kemungkinan Haji pada tahun ini terpaksa ditangguhkan, wang booking RM30,000 akan DIPULANGKAN sepenuhnya.

Pakej ini termasuk perlindungan Takaful perjalanan.

Kemudahan pembiayaan peribadi Islamik dengan rakan kerjasama bank PPHF terpilih juga ditawarkan bagi mereka yang layak serta memenuhi syarat dan terma.

“Berkhidmat Untuk Anda Penghormatan Buat Kami”