Benda paling besar dan menjadi syiar islam dalam bab 1 Syawal ni adalah mendirikan solat hari raya itu sendiri.
Sebab bukan sedikit ulama mengatakan bahawa hukum solat hari raya ini adalah fardu ain termasuk Imam Syafie. Banyak bukti dari hadith, athar sahabat dan kalam ulama tentangnya.
Antaranya, Nabi ﷺ memang tak pernah meninggalkan solat hari raya sejak difardukan kewajipan puasa ramadan. Nabi ﷺ suruh semua orang lelaki dan perempuan keluar solat, yang tak diwajibkan solat sebab haid pun Nabi ﷺ suruh datang juga walaupun tidak solat.
Sebab solat hari raya ni syiar Islam yang besar. Ulama kata lagi, Kalaulah bukan wajib solat hari raya ini masakan solat jumaat tergugur jika hari raya jatuh hari jumaat. Cuma ramai orang yang tetap solat jumaat jika hari raya jatuh hari jumaat.
Seperti kata Nabi ﷺ:
“Telah terkumpullah dua hari raya di hari kamu ini, maka siapa yang ingin bersolat hari raya adalah telah memadai baginya tanpa solat Jumaat..tetapi kami akan melakukan solat jumaat.”(Hadis Hasan, HR Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Cuma ada beberapa perkara yang sunnah dan besar pahala yang boleh kita buat masa ini.
Mula-mula sekali mandi sebelum pergi ke masjid. Tapi Dulu solat hari raya Nabi ﷺ buat di tanah lapang.
Selepas itu, Jangan lupa makan sesuatu seperti menjamah dahulu beberapa biji kurma. Nabi ﷺ suka makan kurma dalam bilangan dan kuantiti yang ganjil.
Masa ini kenalah pakai pakaian yang indah dan cantik tanda meraikan hari raya yang menjadi hari kebesaran Islam. Kita selalu setiap tahun beli baju baru, ia tidak disyaratkan baju baru. Nabi ﷺ kata baju yang cantik tapi biasanya baju baru beli yang selalunya cantik.
Masa keluar dari rumah menuju ke masjid atau tanah lapang baiknya berjalan kaki tanpa menaiki kenderan. Sebab Nabi ﷺ kita berjalan menuju ke tempat solat.
Nabi ﷺ juga tidak lupa untuk memakai minyak wangi untuk pergi ke tanah lapang dan baginda menggalakkan orang lelaki berwangi-wangian masa itu tapi orang perempuan tidak.
Dalam berjalan kaki ke masjid bertakbirlah. Takbir yang diajarkan Nabi ﷺ untuk membesarkan Allah SWT berbunyi :
“Allahu akbar, Allahu akbar, la ilahaillahu akbar, Allahu akbar walillahil hamd”
Lafaz takbir ini kena diulang-ulang sebutannya sehingga sampai ke masjid. Tapi lepas solat raya habislah sudah keperluan takbir tadi.
Selepas selesai solat dan dengar khutbah, masa balik semula ke rumah Nabi ﷺ pesan ikut jalan yang lain bukan jalan yang sama masa datang tadi.
Ucaplah ucapan yang sunnah iaitu :
“Taqabbalallahu Minna Wa Minkum”
(Semoga Allah menerima amalan dari kami dan kalian)
Jawapan balas ucapan ni bila jumpa sesama kita semasa ziarah menziarahi dibalas dengan ucapan yang sama.
Satu lagi sebelum terlupa, hari raya kena suka dan bergembira sahaja. Sebab itu semua pahala. Kalau boleh elakkan benda yang boleh hilangkan kegembiraan.
Sebab tu Nabi ﷺ, sahabat dan ulama tak ziarah kubur pagi raya. Takut hilang kegembiraan yang sepatutnya didahulukan pada hari tersebut.