Setiap Kebaikan Adalah Sedekah

Firman Allah SWT:

وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Maksudnya: Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya seluas seluruh langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahannya serta orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan Allah menyayangi orang yang melakukan kebaikan.

Surah Ali-Imran: Ayat 133-134